PUDING ROTI
Bahan-bahan :
8 keping roti (dipotong 4)
500ml susu segar (rendah lemak)
3 sudu besar gula perang
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Marjerin (utk disapu pada roti dan loyang)
Kismis
Bahan-bahan Sos :
400ml susu segar (rendah lemak)
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
Cara :
Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula perang dan pukul lagi sehingga gula hancur. Tuangkan susu dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Ketepikan. Susun roti ke dalam loyang menjadi 1 lapisan dan taburkan kismis. Susun selang selikan roti dan kismis sehingga habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit.
Cara Membuat Sos :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan di atas api perlahan. Kacau sehingga kuah pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
11:35 PM | Labels: dessert, roti | 0 Comments
ROTI SOSEJ
Bahan :
5 keping roti
5 ketul sosej ayam Ramly
1 biji telur
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara : Leperkan roti sehingga nipis supaya tidak meresap minyak. Pukul telur bersama garam. Masukkan sosej dan gulung roti tersebut. Potong 2 dan celupkan ke dalam telur. Goreng dengan api sederhana.
4:10 AM | Labels: roti | 0 Comments
AGAR AGAR SIRAP
Bahan :
20gm agar-agar
5 cawan air
8 sudu besar gula
Sedikit sirap ros
Sehelai daun pandan
Cara :
Rebus agar-agar bersama air dan daun pandan. Bila agar-agar hancur masukkan gula dan sirap ros. Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan.
3:56 AM | Labels: kuih muih | 0 Comments
SOTO AYAM
Bahan A :
4 bungkus nasi impit (direbus dan potong)
1 bungkus suhun (digoreng)
50 sen tauge (dicelur)
100gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
Ayam goreng bahagian dada (diracik halus)
Daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
Limau kasturi
Bawang goreng
Bahan Kuah :
1/2 ekor ayam potong kecil2 (asingkan bahagian dada utk ayam goreng)
2 liter air
1 bungkus sup bunjut (dibuka dan tumbuk isinya)
2 sudu besar perencah sup
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu kecil lada sulah
Kayu manis dan bunga lawang
Garam dan perasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan sambal :
Kicap kipas udang
Cili api (ditumbuk halus)
1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 sudu besar gula
1 biji limau kasturi
Bahan Bergedil :
4 biji kentang (direbus)
2 sudu besar daging kisar (direbus dahulu)
1 biji bawang besar (dipotonh nipis)
1 biji cili merah (dipotong nipis)
Daun sup dan daun bawang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian tambah air dan ayam. Masukkan sup bunjut, perencah sup, kiub pati ayam, lada dulah, garam dan perasa. Masak hingga mendidih. Untuk bergedil pula, lenyek kentang yang telah direbus dan gaul bersama daging kisar, bawang, cili merah, daun sup, daun bawang, garam dan lada hitam. Bulat2 kan dan leperkan sedikit. Celup ke dalam telur yang telah dimasukkan sedikit garam. Goreng dengan api sederhana.
Hidangkan kuah dan bergedil bersama bahan A dan sambal kicap.
3:12 AM | Labels: mee | 0 Comments
MEE GORENG MAMAK
Bahan :
1 bungkus mee kuning
1 ketul isi ayam (dipotong kecil)
10 ekor udang (dibuang kulit)
2 ketul tauhu (digoreng - potong nipis)
Sedikit sawi dan tauge
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee @ kicap pekat
2 biji telur
Sedikit minyak
Bahan kisar :
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering (rendam air panas)
Bahan hiasan :
Bawang goreng
Cili merah
Daun sup & daun bawang
Cara :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Bila pecah minyak masukkan ayam, udang dan telur. Kemudian masukkan sawi dan mee. Kecilkan api dan masukkan tauhu dan tauge. Kacau hingga sebati dan hiaskan dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup/bawang.
# tak perlu masukkan garam sebab mee dan kicap sudah masin.
10:16 PM | Labels: mee | 0 Comments
IKAN GORENG CILI MERAH
Bahan :
2 ekor ikan (kerisi @ kembung)
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Sedikit perasa
Cara :
Goreng ikan bersama garam dan kunyit. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Tambahkan sedikit air. Masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian perahkan limau kasturi. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan tadi.
10:06 PM | Labels: ikan | 0 Comments
SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan :
250gm spaghetti
200gm daging kisar
100gm tomato puri
1 sudu besar sos cili
Sedikit cendawan butang (dipotong nipis)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
Garam dan perasa
Cara :
Rebus spaghetti bersama sedikit minyak dah garam. Panaskan marjerin dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dipotong halus. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak. Kemudian masukkan tomato puri ,sos cili, cendawan butang, garam,gula dan perasa. Setelah masak tuangkan di atas spaghetti.
7:16 PM | Labels: mee | 0 Comments