IKAN GORENG CILI MERAH



Bahan :
2 ekor ikan (kerisi @ kembung)
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Sedikit perasa

Cara :
Goreng ikan bersama garam dan kunyit. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api sehingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Tambahkan sedikit air. Masukkan garam, gula dan perasa. Kemudian perahkan limau kasturi. Tutup api dan tuangkan ke atas ikan tadi.

0 comments: