MEE GORENG MAMAK
Bahan :
1 bungkus mee kuning
1 ketul isi ayam (dipotong kecil)
10 ekor udang (dibuang kulit)
2 ketul tauhu (digoreng - potong nipis)
Sedikit sawi dan tauge
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee @ kicap pekat
2 biji telur
Sedikit minyak
Bahan kisar :
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering (rendam air panas)
Bahan hiasan :
Bawang goreng
Cili merah
Daun sup & daun bawang
Cara :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Bila pecah minyak masukkan ayam, udang dan telur. Kemudian masukkan sawi dan mee. Kecilkan api dan masukkan tauhu dan tauge. Kacau hingga sebati dan hiaskan dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup/bawang.
# tak perlu masukkan garam sebab mee dan kicap sudah masin.
10:16 PM
|
Labels:
mee
|
You can leave a response
0 comments:
Post a Comment