PUDING ROTI
Bahan-bahan :
8 keping roti (dipotong 4)
500ml susu segar (rendah lemak)
3 sudu besar gula perang
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
Marjerin (utk disapu pada roti dan loyang)
Kismis
Bahan-bahan Sos :
400ml susu segar (rendah lemak)
2 sudu besar tepung kastad
1 1/2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
Cara :
Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula perang dan pukul lagi sehingga gula hancur. Tuangkan susu dan esen vanilla. Kacau hingga sebati. Ketepikan. Susun roti ke dalam loyang menjadi 1 lapisan dan taburkan kismis. Susun selang selikan roti dan kismis sehingga habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit.
Cara Membuat Sos :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan panaskan di atas api perlahan. Kacau sehingga kuah pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
11:35 PM
|
Labels:
dessert,
roti
|
You can leave a response
0 comments:
Post a Comment