UDANG KICAP BEREMPAH
Bahan :
1/2kg udang (digaul bersama garam & kunyit)
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tomato
Garam & gula secukup rasa
Daun kari
Sedikit air
Sedikit minyak
Bahan A :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili api
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 inci halia
2 batang serai
Cara :
Goreng udang hingga separuh masak. Kisar bahan A dan tumis menggunakan minyak lebihan goreng udang tadi. Masukkan serbuk cili, kicap dan sos tomato. Kemudian masukkan udang bersama sedikit air. Bila mendidih, masukkan daun kunyit, garam dan gula.
12:50 AM
|
Labels:
seafood
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment