PUDING ROTI MARBLE



Bahan : ( satu loyang )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 peket kecil agar2
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin
31/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko

Cara :
Rebus agar-agar bersama 3 cawan air. Bila agar-agar hancur masukkan gula dan masak hingga gula hancur. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah mendidih tadi. Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Bila siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

0 comments: