RENDANG AYAM
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 24)
1/2 keping gula melaka
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar kerisik
1 biji santan kelapa
1 sudu kecil garam
Sedikit perasa
Daun kunyit (dipotong halus)
Bahan kisar :
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji cili kering
8 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
Cara :
Masukkan bahan kisar bersama ayam ke dalam kuali. Kacau hingga ayam masak. Kemudian masukkan gula melaka, garam, perasa, kicap, kerisik dan santan. Masak sehingga kuah pekat. Akhir sekali masukkan daun kunyit.
12:34 AM
|
Labels:
ayam
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment