MEE GORENG BASAH



Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning
1 ketul isi ayam (dipotong kecil)
10 ekor udang (dibuang kulit)
1/2 bungkus fish ball
2 biji tauhu (digoreng - potong kecil)
Sedikit sawi dan tauge
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kicap
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering (rendam air panas)
Bahan hiasan :
Bawang goreng
Cili merah
Daun sup & daun bawang

Cara :
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram. Bila pecah minyak masukkan ayam, udang, fish ball dan sedikit air. Kemudian masukkan sawi dan mee. Kecilkan api dan masukkan kicap, tauge dan tauhu. Kacau hingga sebati dan hiaskan dengan bawang goreng, cili merah dan daun sup/bawang.

0 comments: