KUAH KACANG BERDAGING



Bahan-bahan :
250gm kacang tanah (digoreng dan kisar)
1/4kg daging (dipotong kecil dan rebus dahulu)
2 sudu besar santan
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 cawan air asam jawa
1/2 keping gula melaka
1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa
sedikit perasa
1/2 cawan minyak masak
Bahan kisar :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai

Cara :
Tumis bahan kisar naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging yang telah direbus, asam jawa, gula, gula melaka, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan kacang dan santan. Masak hingga mendidih.

0 comments: