PAPRIK CAMPUR



Bahan-bahan :
1 ketul isi ayam (dipotong kecil)
6 ekor udang (dibuang kulit)
3 ekor sotong (dipotong bulat)
2 batang kacang panjang (dipotong 1 inci)
1 peket putik jagung (dipotong memanjang)
Sedikit bunga kobis
1 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
1 biji bawang besar (dipotong 6)
5 biji cili api (diketuk)
3 biji bawang kecil (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap
1/2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara :
Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili kisar. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap, cili api, serai, garam dan perasa. Kemudian masukkan ayam, udang dan sotong dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan kacang panjang, bunga kobis, putik jagung, bawang besar dan daun limau purut. Kacau hingga masak.

0 comments: