CHOCOLATE INDULGENCE



Bahan-bahan :
1 biji kek coklat (dipotong 4 lapisan)
Bahan mousse coklat :
70g coklat masakan
1/2 sudu besar gelatin (halagel)
50ml air panas
1 biji telur putih
100g whipping cream
20g gula halus
Bahan mousse coklat putih :
140g coklat putih
1 sudu besar gelatin
100ml air panas
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1/2 sudu kecil esen vanilla
Bahan chocolate ganache :
300g krim putar
500g coklat masakan (dicincang)
30g mentega
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara :

Penyediaan mousse :
Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi air panas. Biarkan dalam 5 minit. Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl'. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk. Pukul putih telur sehingga kembang. Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim. Masukkan krim dan coklat cair tadi ke dalam mangkuk putih telur tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Untuk coklat putih penyediaan mousse tetap sama cuma akhir sekali ditambah dengan pewarna kuning dan esen vanilla. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian. Masukkankan lapisan kek pertama ke dalam loyang yang boleh dibuka dari bawah atau tepi. Kemudian masukkan 1 bahagian mousse coklat putih. Diikuti dengan lapisan kek kedua dan coklat mousse. Teruskan dengan lapisan kek ketiga dan 1 bahagian lagi coklat mousse putih. Akhir sekali tutup dengan lapisan kek keempat. Masukkan ke dalam peti ais selama 3 jam. Bila mousse agak keras, keluarkan dari loyang.
Penyediaan chocolate ganache :
Panaskan krim hingga mendidih dan angkat dari api. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan mentega dan kacau lagi hingga semua sebati. Bila sejuk tuangkan chocolate ganache ke atas kek dan sejukkan di dalam peti ais semula.