NASI BERIANI



Bahan-bahan :
3 cawan beras basmathi
3 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar rempah beriani
Sedikit bunga lawang & kulit kayu manis
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
sedikit kismis & biji gajus
bawang goreng & daun bawang/sup

Cara :

Rendam beras basmathi selama 1/2 jam. Kemudian toskan. Tumis bawang besar, bunga lawang dan kulit kayu manis bersama minyak sapi dan minyak masak sehingga naik bau. Masukkan rempah beriani yang telah di campur sedikit air. Bila pecah minyak masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras dan air. Bila nasi separuh masak, masukkan susu cair dan garam. Bila nasi masak, buatkan lubang dan tuangkan sedikit pewarna kuning. Gaul rata dan masukkan kismis dan biji gajus. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang/sup.

0 comments: