AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahan :
3 ketul ayam (digoreng separuh masak)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili kering
6 biji cili api
1 inci halia
Bunga lawang & kulit kayu manis
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
2 biji cili merah/hijau
1 biji bawang besar (potong bulat)
Daun sup/daun bawang utk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis
Cara :
Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili api dan halia. Tumis bersama bunga lawang & kulit kayu manis. Masukkan kicap bersama sos dan serbuk lada hitam. Tambahkan sedikit air dan masukkan ayam. Kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan cili merah/hijau dan bawang besar yang dipotong bulat. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.

0 comments: