CHOCO MOUSSE BROWNIES
Bahan-bahan : (8'' inci)
Brownies :
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan susu cair
1/4 cawan air sejuk
1 sudu kecil nescafe
1 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
Choco Mousse :
70g coklat masakan
1/2 sudu besar gelatin (halagel)
50ml air
1 biji telur putih
100g whipping cream
20g gula halus
1/2 sudu besar gelatin (halagel)
50ml air
1 biji telur putih
100g whipping cream
20g gula halus
Cara :
Penyediaan Brownies :
Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bicarbonate dan baking powder. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula pasir dan gula merah. Pukul sehingga gula hancur. Masukkan minyak masak dan air yg telah dicampur nescafe dan esen vanilla. Kemudian masukkan bahan yang telah diayak tadi berselang seli dengan susu cair. Bakar pada suhu 180C selama 35-40 minit atau sehingga masak.
Penyediaan Choco Mousse :
1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 50ml air panas dan kacau hingga larut. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair). Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi.

3. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.
4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.

6. Masukkan no.5 dan no.3 ke dalam no.4. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
Brownies tadi dipotong bahagian tengah menjadi 2 lapisan. Letakkan choco mousse dibahagian tengah dan tutup dengan satu lagi lapisan brownies di bahagian atas. Hiaskan dengan krim putar.
8:59 PM
|
Labels:
kek
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment