BIHUN SINGAPORE


Bahan-bahan :
1 peket bihun (direndam)
3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 bungkus sup bunjut
1 ketul kiub pati ayam
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
2 ketul isi ayam (dipotong kecil2)
15 ekor udang sederhana (dibuang kulit)
1/2 biji carrot (dipotong memanjang)
1 peket putik jagung (dipotong memanjang)
Daun kucai (dipotong memanjang)
Bawang goreng
Daun sup
Minyak untuk menumis
Cara :
Tumis bawang kecil dan bawang putih yang telah dimayang halus. Bila naik bau, masukkan ayam dan udang. Tambahkan sedikit air. Masukkan sup bunjut, kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan garam. Kemudian masukkan carrot dan putik jagung. Akhir sekali masukkan bihun dan daun kucai. Kacau sehingga bihun lembut. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Lebih sedap dimakan bersama sambal kicap.

0 comments: