AYAM MASAK MERAH



Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
Garam
Serbuk kunyit
5 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 sudu besar minyak sapi

Cara :

Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga separuh masak. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga bersama minyak sapi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kisar. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bawang besar yang dipotong bulat. Hiaskan bersama daun bawang.

0 comments: