AYAM PERCIK
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 biji santan kelapa
1/2 ketul kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air asam jawa
Bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
2 batang serai
Cara :
Masak bahan kisar di dalam kuali hingga mendidih. Masukkan santan, kiub pati ayam, garam, gula, tepung jagung dan asam jawa. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api dan perapkan ayam selama 1 jam. Bakar ayam hingga separuh masak. Tuangkan sedikit kuah ke atas ayam dan bakar lagi hingga ayam betul-betul masak. Panaskan lebihan kuah tadi dan hidangkan bersama ayam.
5:51 PM
|
Labels:
ayam
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment