KARIPAP DAGING




Bahan-bahan :
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
inti :
1 cawan daging kisar
3 biji kentang
3 cawan air
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
sedikit perasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara :

Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan sos dan serbuk lada hitam. Masukkan daging kisar, kentang dan air. Bila kentang sudah empuk, masukkan garam, gula & perasa. Untuk kulit karipap, uli tepung bersama marjerin, air dan garam hingga menjadi doh. Bulat2kan sebesar bola golf dan canai supaya leper. Masukkan inti dan klim bahagian tepi. Goreng dengan api sederhana.

0 comments: