MEE REBUS



Bahan :
1 bungkus mee kuning (dicelur)
1/2 kg daging
1/2 kg udang
2 biji ubi keledek
2 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Sedikit minyak
Garam, gula dan perasa
Bahan hiasan :
Taugeh
Tauhu
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng
Kentang rebus
Telur rebus
Limau kasturi

Cara :
Rebus daging hingga empuk. Udang dibuang kulit dan goreng separuh masak. rebus ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. kemudian kisar bersama udang tadi. Asingkan.. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering.. tumis menggunakan minyak bekas menggoreng udang tadi sehingga pecah minyak. Masukkan daging bersama air rebusan dan semua bahan kisar tadi. Tambah garam, gula dan perasa. Masak sehingga kuah pekat. Hidangkan mee bersama bahan hiasan.

0 comments: